Friday, November 16, 2007

Pengenalan tentang moderator




Hello semua,




Selamat datang ke Dunia MLM!!




MLM ialah singkatan dari Multi Level Marketing. Juga dikenali sebagai Network Marketing yang memegang konsep yang sama. Istilah ini merujuk kepada sebuah sistem bisnes, di mana pemasaran produk atau perkhidmatan dilakukan oleh individu yang independen (ertinya, tidak terikat kontrak kerja dengan syarikat pengelola bisnesnya). Individu ini akan membentuk sebuah network (sila lihat rajah 1) untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. Daripada hasil penjualan peribadi dan networknya, setiap bulan syarikat akan memberikan bonus atau komisen atas jualannya.








Upline ialah orang yang mendaftarkan seseorang dimana beliau juga dinamakan sebagai Referer atau Sponsor kepada downlinenya. Walaupun sistem MLM terbentuk dalam satu Jaringan, para dowline boleh memilih samada untuk bekerja sendiri atau bekerja dengan sokongan dan bantuan dari upline dan agen-agen serangkaiannya. Baik dari segi pengetahuan, pengalaman ataupun strategi pemasaran. Hubungan antara upline dan dowline adalah amat penting bagi mengukuhkan kuasa pemasaran sesebuah kumpulan MLM tersebut. Tanpa perikatan dan persefahaman, sesebuah rangkaian boleh berpecah-belah. Oleh itu, kebiasaannya, Syarikat yang mengamalkan MLM akan sentiasa menyediakan pelbagai kursus dan seminar bagi merapatkan jurang kumpulan-kumpulan tersebut supaya mereka boleh bersatu-padu dan berfikiran sebagai satu kumpulan dan bukan berpuak-puak.
Didalam blog ini, saya ingin membincangkan peluang-peluang MLM yang terdapat di Malaysia. Sila hantar comment unutk memulakan blog ini. Terima Kasih.